Pendaftaran Ahli PPK
Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
- Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
- Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
- Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan
Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
- Mengunjungi PPK di kawasan anda
- Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli
- Mengisi borang
- Mengemukakan borang kepada PPK
- Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK
- Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
- Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
- Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
- Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari. Pendaftar akan membuat pertimbangan samada menerima atau menolak
- Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula.
download borang di sini: "borang"
No comments:
Post a Comment