Pengenalan Pertubuhan Peladang
Pertubuhan Peladang (PP)
yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) merupakan
Institut yang dimiliki oleh peladang-peladang.
Mengikut Seksyen 7(3)
Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan
sebahagian kuasanya kepada Pendaftar Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian
Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali
kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuh PP.
Keseluruhan prestasi
yang dibentang sehingga 31 Disember 2008, merupakan pencapaian prestasi PP di
bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang
Kebangsaan (NAFAS), 12 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 206 buah
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Objektif penubuhan PP adalah untuk:
- meningkatkan taraf ekonomi dan sosial,
- menambah pengetahuan dan kemahiran,
- meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara
hidup ahli-ahli,
- mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.
No comments:
Post a Comment