PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PENGKALAN CHEPA
- Membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh mereka.
- Meningkatkan produktiviti hasil tanaman tempatan.
- Menyediakan peruntukan, baja subsidi dan peralatan jentera kepada petani.
SISTEM -SISTEM PERTUBUHAN PELADANG
SISTEM PRIMARI PERTUBUHAN PELADANG (SPPP)
Sistem ini mengandungi lima modul iaitu Modul Pengurusan Ahli, Modul Pengurusan Akaun, Modul Pengurusan Projek, Modul Pinjaman dan Modul Simpanan dan Kredit.
Sistem ini digunapakai oleh bahagian-bahagian yang berkenaan dengan modul-modul yang dinyatakan :-
Modul Pengurusan Ahli
Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran ahli, unit PPK dan bukan ahli, mengemaskini status ahli, penerimaan belian dan jualan semula saham dan pengiraan dividen dan bonus.
- Sistem ini juga menyediakan laporan seperti penyata saham yuranuntuk ahli, laporan ahli dan prestasi, laporan penerimaan belian semula, penjualan saham dan pemindahan saham dan statistik keahlian.
Modul Pengurusan Projek
- Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran projek, peserta dan stok/ barang, pembelian dan penjualan secara kredit dan pembelian dan penjualan secara tunai.
- Laporan yang boleh didapati daripada sistem ini adalah laporan kewangan projek, lejar projek, penyata untuk rugi projek dan kiraan automatik stok.
Modul Simpanan dan kredit
- Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran akaun simpanan, penyimpanan dan pengeluaran simpanan dan penetapan had kredit yang layak bagi seseorang ahli.
- Laporan yang boleh dicetak ialah laporan simpanan dan pengeluaran, laporan penghutang dan laporan pemiutang.
Modul Pengurusan Akaun
- Fungsi utama sistem ini adalah penerimaan dan pembayaran am, pengeluaran slip bank dan menunaikan cek, penyesuaian bank, penyediaan bajet dan penutupan akaun setiap hari.
- Laporan yang boleh dikeluarkan adalah seperti laporan wang tunai ditangan/ bank, jernal-jernal, lejar am, imbangan duga, akaun gerakan perniagaantani, akaun untung rugi PPK dan kunci kira-kira.
Modul Pinjaman
- Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran peminjam dan pemberi, pemberi pinjaman dan bayaran balik pinjaman.
- Laporan yang dihasilkan pula adalah senarai peminjam dan penyata pinjaman.
SISTEM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN (SBPKP)
- Sistem Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) ini berfungsi dalam merekodkan maklumat dan juga segala urusniaga berkaitan baja di setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Selain daripada itu, sistem ini juga dapat mencetak resit dan laporan yang diperlukan oleh PPK berkenaan.
SISTEM PROFIL AHLI (SPAP)
- Sistem ini digunakan untuk merekod dan mengemaskini data maklumat ahli di PPK.
- Secara khususnya SPA dapat menyediakan data Unit Peladang yang lengkap dan tepat disamping itu ia membolehkan pihak pengurusan PPK menyediakan analisis ke atas data data yang dijana dari system ini.
- Sistem ini juga dapat menjana maklumat dengan tepat, cepat danberkesan serta dapat membantu mengurangkan kerja-kerja berulang.
SISTEM INTEGRASI PERTUBUHAN PELADANG NEGERI – JENTERA (SIPPNJ)
- Sistem ini adalah bagi pengurusan dan operasi perkhidmatan kejenteraan di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).
- Ia berfungsi bagi merekod operasi kejenteraan, penyenggaraan, bengkel dan operator jentera.
No comments:
Post a Comment