Majlis Jamuan Makan Perpisahan budak praktikal di Pertubuhan Peladang Kawasan Pengkalan Chepa.

gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5

gambar 



Mesyuarat Pengurusan PPK Pengkalan Chepa pada 17 Disember 2014 yang berlangsung pada pukul 9 pagi.

gambar 1

gambar 2


Program Jom Bertani Fasa 1 2014

Program yang berlangsung pada pagi ini di PPK Pengkalan Chepa dalam pemberian baja dan alatan bertani.
gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5

gambar 6

gambar 7

gambar 8

gambar 9

gambar 10


Mengecat Rak Racun di PPK Pengkalan Chepa 10/11/2014

Aktiviti mengecat rak racun oleh Encik Khairol untuk kedai PPK

gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5

Aktiviti di PPK Pengkalan chepa 10/11/2014

Aktiviti pada hari ini di Pertubuhan Peladang Kawasan Pengkalan Chepa

Menukar atap yang baru untuk bilik stor simpanan baja.


gambar 1

gambar 2


gambar 3

Nilai Murni dan Visi & Misi

Antara nilai Murni dan Visi & Misi PPK Pengkalan Chepa





Carta Organisasi PPK Pengkalan Chepa






Senarai Akta-akta dan Peraturan

Senarai 





Tentang Pertubuhan Peladang Kawasan Pengkalan Chepa

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PENGKALAN CHEPA

  • Membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh mereka.
  • Meningkatkan produktiviti hasil tanaman tempatan.
  • Menyediakan peruntukan, baja subsidi dan peralatan jentera kepada petani.

SISTEM -SISTEM PERTUBUHAN PELADANG

SISTEM PRIMARI PERTUBUHAN PELADANG (SPPP)

Sistem ini mengandungi lima modul iaitu Modul Pengurusan Ahli, Modul Pengurusan Akaun, Modul Pengurusan Projek, Modul Pinjaman dan Modul Simpanan dan Kredit.
Sistem ini digunapakai oleh bahagian-bahagian yang berkenaan dengan modul-modul yang dinyatakan :-

Modul Pengurusan Ahli

  • Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran ahli, unit PPK dan bukan ahli, mengemaskini status ahli, penerimaan belian dan jualan semula saham dan pengiraan dividen dan bonus.

  • Sistem ini juga menyediakan laporan seperti penyata saham yuranuntuk ahli, laporan ahli dan prestasi, laporan penerimaan belian semula, penjualan saham dan pemindahan saham dan statistik keahlian.

Modul Pengurusan Projek

  • Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran projek, peserta dan stok/ barang, pembelian dan penjualan secara kredit dan pembelian dan penjualan secara tunai.
  • Laporan yang boleh didapati daripada sistem ini adalah laporan kewangan projek, lejar projek, penyata untuk rugi projek dan kiraan automatik stok.

Modul Simpanan dan kredit

  • Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran akaun simpanan, penyimpanan dan pengeluaran simpanan dan penetapan had kredit yang layak bagi seseorang ahli.
  • Laporan yang boleh dicetak ialah laporan simpanan dan pengeluaran, laporan penghutang dan laporan pemiutang.

Modul Pengurusan Akaun

  • Fungsi utama sistem ini adalah penerimaan dan pembayaran am, pengeluaran slip bank dan menunaikan cek, penyesuaian bank, penyediaan bajet dan penutupan akaun setiap hari.
  • Laporan yang boleh dikeluarkan adalah seperti laporan wang tunai ditangan/ bank, jernal-jernal, lejar am, imbangan duga, akaun gerakan perniagaantani, akaun untung rugi PPK dan kunci kira-kira.

Modul Pinjaman

  • Fungsi utama sistem ini adalah untuk pendaftaran peminjam dan pemberi, pemberi pinjaman dan bayaran balik pinjaman.
  • Laporan yang dihasilkan pula adalah senarai peminjam dan penyata pinjaman.


SISTEM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN (SBPKP)

  • Sistem Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) ini berfungsi dalam merekodkan maklumat dan juga segala urusniaga berkaitan baja di setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  • Selain daripada itu, sistem ini juga dapat mencetak resit dan laporan yang diperlukan oleh PPK berkenaan.

SISTEM PROFIL AHLI (SPAP)

  • Sistem ini digunakan untuk merekod dan mengemaskini data maklumat ahli di PPK.
  • Secara khususnya SPA dapat menyediakan data Unit Peladang yang lengkap dan tepat disamping itu ia membolehkan pihak pengurusan PPK menyediakan analisis ke atas data data yang dijana dari system ini.
  • Sistem ini juga dapat menjana maklumat dengan tepat, cepat danberkesan serta dapat membantu mengurangkan kerja-kerja berulang.

SISTEM INTEGRASI PERTUBUHAN PELADANG NEGERI – JENTERA (SIPPNJ)

  • Sistem ini adalah bagi pengurusan dan operasi perkhidmatan kejenteraan di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).
  • Ia berfungsi bagi merekod operasi kejenteraan, penyenggaraan, bengkel dan operator jentera.

Pendaftaran Ahli PPK


Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)


  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
  • Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
  • Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
  • Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan

Proses Untuk Menjadi Ahli PPK


  • Mengunjungi PPK di kawasan anda
  • Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli
  • Mengisi borang
  • Mengemukakan borang kepada PPK
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK
  • Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
  • Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
  • Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
  • Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari.  Pendaftar akan membuat pertimbangan samada menerima atau menolak
  • Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula.

download borang di sini: "borang"

Pengenalan

Pengenalan Pertubuhan Peladang

Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) merupakan Institut yang dimiliki oleh peladang-peladang.

Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Pendaftar Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuh PP.
                      
Keseluruhan prestasi yang dibentang sehingga 31 Disember 2008, merupakan pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 12 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 206 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).


Objektif penubuhan PP adalah untuk:
  • meningkatkan taraf ekonomi dan sosial,
  • menambah pengetahuan dan kemahiran,
  • meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli,
  • mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.